Tuesday, July 31, 2007

Rendang Tok (Resipi dr Noreen UK)

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang (topside meat) atau daging kari*
2 paket besar santan pekat
2 keping asam gelugur
7/8 lembah daun limau purut, 3 lembah dirampai halus
2 helai daun kunyit, dikerat-kerat
22 senduk minyak untuk menumis (atau agak2lah)
1 cawan kerisik
1 sudu besar gula melaka + gula biasa & garam

*daging kari mengandungi banyak urat & lemak, jika menggunakan, jangan bubuh minyak yang terlalu banyak bila menumis kelak (ingat nih!)

Bahan kisar (blend halus-halus):
20 biji bawang merah
6/7 biji bawang putih
2 batang serai, dimayang dahulu
3 cm halia
3 cm lengkuas (terlalu banyak akan jadi pahit)
7/8 batang lada kering, dibuang biji & direndam dulu (tak pun cuba cili boh cap PUTERI, mmg bezz, agak2ler kalau nak podas bubuh byk sikit)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan halus/putih
sedikit lada hitam tumbuk, jika mahu

cara:
- potong daging ikut rasa & cuci lalu toskan
- panaskan periuk berserta minyak & tumis bahan kisar hingga garing & wangi
- masukkan daging & gaul rata-rata. Masak selama 5 min
- masukkan santan paket & sedikit air lalu kacau hingga semua sebati
- masukkan daun limau purut (bukan yg dirampai halus) & daun kunyit
- renihkan rendang ini hingga pekat & terbit minyak. Kacau sekali2 supaya tidak hangit di bahagian bawahnya
- perasakan dengan gula melaka, gula biasa & garam
- apabila kelihatan kering sedikit, masukkan kerisik & asam keping & gaul lagi hingga sebati
- perhatikan daging tadi supaya benar2 empuk, jika tidak tuang sedikit air & tunggu hingga daging empuk & kuah agak kering sedikit

heh heh Selamat Mencuba...

Moist Chocolate Cake - Sodap nih!

Resipi nih dr member chek, la ni reside kat UK - Noreen
Bahan-bahan:-

220gm tepung
50gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
190gm mentega330gm gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (gred A)250ml air sejuk

cara-caranya :-

1. ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tiga kali. Ketepikan dahulu
2. pukul mentega dan gula sehingga kembang
3. masukkan telur dan kacau sebati
4. masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan air ke dalam adunan, kacau lagi
5. tuangkan adunan ke dalam acuan yg telah disapu dengan mentega dan dibakar dalam ketuhar 180degree selama 30-35 minit (sehingga masak)