Monday, February 25, 2008

Karipap Nazmaisinggah


Salam, kalau petang2 weekend mmg tak best kalau tak pekena teh tarik or kopi 'O'. hmm, being typical malaysian ~ mmg camtu kan... mesti ada kuih muih untuk santapan... harini mai kita tengok cara2 buat karipap nazmaisinggah. caranya tak byk beza dari resepi org2 melayu kita tapi ini pasti sodap & menjadi.. InsyaAllah... cubalah

Bahan Kulit Karipap :-
~ 250gm tepung gandum
~ sedikit garam
~ 100gm buttercup (marjerin pun boley)
~ 80ml air sejuk (ambil ais & cairkan)
~ 1 sudu kecil perahan buah lemon juice (kalau sukalah...)

Inti :-
~ ayam yg dipotong kecil2 (atau gunakan daging cincang)
~ 2 biji kentang dipotong dadu (2 biji carot - jika anda menggunakan daging)
~ 2-3 sudu besar minyak
~ 2 biji bawang besar dicincang
~ 1-2 biji bawang putih diketuk jgn hancur
~ 2 sudu besar serbuk kari
~ 1 tangkai daun kari
~ 1 btg kayu manis
~ sedikit garam & gula
~ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
~ 1 camca kecil oyster sauce (kalau nakler...)

cara memasak inti:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kayu manis, daun kari, serbut kari & ubi kentang.
3. Masukkan sedikit air sahaja jika perlu untuk melembutkan ubi kentang. (masak dgn api sederhana sehingga ubi kentang lembut)
4. Setelah itu, masukkan ayam, garam, gula, serbut lada hitam & oyster sauce. Goreng hingga ayam masak & intinya sedikit kering.

Cara2 :-
1. taburkan sedikit garam pada tepung gandum. Kemudian gaulkan tepung gandum & buttercup hingga sebati (ala-ala breadcrumbs gitu)
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh
3. Ketepikan doh didlm mangkuk & tutup dengan kain lembap (kira2 setengah jamlah...)
4. Pastu canaikan doh nipis2 & terapkan dengan acuan yg bulat... ala senang criterlah pakai jer acuan karipap (kan sonang gitu!)
5. masukkan inti tadi kedlm doh & dah siap pun untuk digoreng.

Selamat mencuba!