Sunday, December 2, 2007

Orange Banana Walnut Cake



Hello semua, weekend is the best time for me to try out old resepi given by oopss, can't remember.. anyway, you should try this cake.. sedaapp..

Bahan2:
• 180g butter
• 175g gula castor
• Parutan sebiji kulit orange
• 2 biji telur
• 5 biji pisang (pisang emas), dilenyek
• 75g kacang walnut (chop)
• 1/2 cawan air panas

Bahan utk ayak:
• 240g tepung gandum / tepung naik sendiri
• 1 sudu kecil baking powder (tak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)
• 1 sudu kecil soda bicarbonate

Campur & biarkan seketika selama 10 - 15 minit:
• 2 sudu besar perahan air buah orange
• 1/2 tin susu cair

Cara2:
- Griskan tin pembakar berukuran 20cm dgn marjerin.
- Pukul butter & gula castor hingga kembang. Masukkan parutan kulit orange & telur satu persatu. Pukul.
- Masukkan pisang yg telah dilenyek & campuran perahan orange & susu cair. Pukul hingga sebati.
- Masukkan kacang walnut kedlm bahan2 yg telah diayak.
- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit kedlm bahan2 yg telah dipukul tadi. Kacau rata.
- Masukkan air panas & kacau sebati.
- Bakar dlm over pada suhu 170c selama 40 - 50 min.

Friday, November 30, 2007

Nasihat Rasullullah SAW

1.Tiga perkara yang mesti dijauhi: Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang artinya: " Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil ber-sungut2 karena kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut karena perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih karena perkara-perkara dunia berarti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya karena kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia: Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang artinya: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia bisa hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal bisa hilang disebabkan marah. Agama bisa hilang disebabkan dengki. Malu bisa hilang disebabkan tamak dan amal soleh bisa terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Pause....

6 Ketakutan Muslim

Dari Ustman ra. berkata : Setiap insan beriman, tentu dihinggapi enam ketakutan, yaitu :

1. takut kepada Allah untuk mencabut imannya
2. takut kepada malaikat untuk mencatat amal buruknya
3. takut kepada setan untuk meleburkan amal salehnya
4. takut kepada pencabut nyawa untuk merenggut nyawanya
5. takut kepada dunia untuk merasa tentram didalamnya
6. takut kepada keluarga untuk menyibukkannya hingga lupa pada Tuhannya.

Renung2kanlah wahai para sahabatku & juga diriku. Apakah persediaan & bekalan utk dibawa kesana nanti??

Cornflakes Hazelnut w Peanut Butter Cookies


Bahan2 :

180gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
(kesemua bahan2 diatas diayak bersama)

150gm butter @ marjerin
100gm gula castor
100gm cornflakes (dikisar halus)
2 sudu besar peanut butter (chunky)
1 sudu besar kacang kasar (optional kalau menggunakan peanut butter creamy)
2 sudu besar serbuk hazelnut
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Cara2nya :
1) Masukkan cornflakes pada tepung yg telah diayak. Ketepikan.
2) Pukul butter, gula, peanut butter, serbuk hazelnut, kacang kasar & esen vanila. Masukkan telur & pukul hingga sebati.
3) Kaup balikkan campuran tepung (no. 1) & gaul sebati hingga menjadi doh yg lembut.
4) Canaikan doh & terapkan mengikut acuan kesukaan anda.
5) Taburkan sedikit tepung di atas dulang pembakar.
6) Susun elok2 atas dulang & bakar dlm oven pada suhu 180C selama 20 min.

Ni saja nak habaq. Utk membakaq biskut, ikut suhu oven masing2. pasainya kekadang ada yg guna 140C utk biskut & 180C utk kek. Pastu bakaq biskut jgn sampai hitam na...

Tuesday, November 13, 2007

Sayur Campur


bila dah balik lambat dari ofis, sure kelam kabut nak masakkan. so, mari kita try resepi paling senang iaitu sayur campurrr...

Bahan2 :

Seikat sayur sawi (potong ikut sukalah...)
Taugeh secukupnya
2 biji tomato (dipotong berbaji & buang bijinya)
1 biji carot (potong bulat2 & dibelah dua)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (ditumbuk jgn hancur)
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa (optional)
Sedikit minyak
Air secukupnya (utk kuah)

Cara2 :

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan air, kiub ikan bilis, kicap manis, sos tiram, carot & kacau.
3. Masukkan sayur sawi & kacau
4. Bila sawi & carot hampir masak, masukkan tomato & taugeh. Kacau jgn lama
5. Rasa garamnya, kalau tak cukup tambahkan garam, kacau & tutupkan api

dah boleh makan. kesemua sayur diatas apabila dimasak jgn terlalu lembik, tak sodap nanti. kalau rasa dah ok bila guna kiub ikan bilis, tak perlu tambah garam. Itu aja... sonang kan...cubalah

Tuesday, October 23, 2007

Tips memasak

Hah, ini ada tips utk memasak beras beriani.

1. Beras beriani belilah jenis apapun, sebelum memasak pastikan anda rendam dengan air sekurang-kurangnya 2 jam awal atau semalaman. (jgn risau, ia takkan hancur)

2. Setelah direndam, toskan/sejatkan ia sebelum memasak.

3. Semasa menumis - tumiskan dengan Ghee & segala rempah2 dlm resepi you all tu. selepas itu masukkan beras dulu sebelum masukkan air atau susu. (air mesti sama byk dengan beras - kalau beras 4 pot air pun 4 pot, jgn risau, takkan jelantah)

4. Kemudian dah boleh tanak (nak guna periuk biasa boleh & rice cooker pun boleh)

5. Kalau guna rice cooker, pastikan tumis dlm kuali & baru transfer pada rice cooker.

6. Kalau ikut tips di atas, InsyaAllah beras anda akan panjang (kalah beras Moghul) & nasi beriani mESti SeDap punyerrr...

Monday, September 24, 2007

Anak-anak Kita

INGAT, bukan semua cara adalah yg terbaik untuk membesarkan anak2 kita & tiada istilah ibubapa yg 'perfect' atau anak yg 'perfect'. TETAPI, ada guideline bagi ibubapa untuk membesarkan anak supaya mereka membesar menjadi anak yg sihat & baik.

~ katakan "kami sayangkan kamu" pada mereka setiap hari. Peluk & ciumlah mereka and tunjukkan kasih sayang seorang ibubapa kepada mereka.

~ dengarlah kata2 atau ceritera mereka. biar mereka merasa dihargai setiap saat. jgn biar mereka berhenti bercerita hanya kerana kita penat walaupun mmg kita PeNat..

~ jadikanlah rumah kita persekitaran yg selamat bagi mereka. apabila mereka merasa takut atau tidak selamat (contoh : mendengar guruh @ cerita2 hantu & sbgnya), cepat2lah kita menenagkan mereka.

~ Selalulah memberi pujian pada mereka apabila mereka berkelakuan baik.

~ Beritahu pada mereka bagaimana menjaga keselamatan diri apabila kita tidak berada bersama mereka. ini PENTING.

~ INGAT, kritik perbuatan mereka BUKAN diri mereka. apabila mereka membuat salah @ kesilapan, JANGAN katakan mereka nakal @ jahat sebaliknya, beri penjelasan pada mereka tentang yg baik & yg buruk.

~ Disiplin di rumah tidak seharusnya ditukar kecuali bila perlu. Biar mereka patuh & ikut pada disiplin yg diajar oleh kedua2 ibubapa. Ibubapa juga MESTI menggunakan disiplin yg sama dalam mendidik anak2. Disiplin ini harus diterapkan pada penjaga, keluarga & sanak saudara supaya mereka mengikut disiplin keluarga kita apabila mereka menjaga anak2 kita.

~ Aturkan pertemuan khas anak2 & kita tidak kira dimanapun tempatnya w/pun di bilik rehat rumah kita untuk menyuarakan pendapat masing2 @ perkara2 yg terpendam di hati mereka. anda mungkin terkejut mendengar luahan hati anak anda walaupun mereka baru berumur 3 tahun. CUBALAH, it works!

~ Akhir sekali, curilah masa untuk bersama anak2 kita. buat perkara yg sama seperti membaca, berjogging atau membasuh kereta.

HARGAILAH, SAYANGILAH & AJARLAH ANAK2 KITA.... Masa depan negara kita terletak pada anak2 kita.

Friday, September 7, 2007

Popiah Goreng ala Naz





Bahan2 :

Kulit popiah
Kacang goreng kisar
Minyak utk mengoreng

Bahan A :

1 1/2 biji sengkuang besar }
2 biji karot } dicelur & dihiris panjang
Isi Ketam (crabmeat) }
Taugeh sekucupnya - dicelur

Bahan B :

2 ulas bawang putih
1 mangkuk 'dried' udang kering (mangkuk kecil basuh tangan tu..)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar maggie seasoning
Sedikit minyak utk mengoreng

Cara2

1. Bahan A dicelur dlm air panas & toskan. Hiris panjang kecuali taugeh.
(pastikan karot dicelur lama & lembut)
2. Goreng Bahan B hingga naik bau, ketepikan.
3. Bubuh bahan A & bahan B atas kulit popiah
4. Gulungkan kulit popiah & basahkan hujung bucuny dgn sedikit air supaya melekat
5. Goreng dlm kuali hingga kekuningan
6. Sapukan sambal petis diatas popiah goreng & taburkan dgn kacang goreng kisar.
(cara membuat sambal petis sama seperti popiah basah)

Wednesday, September 5, 2007

Masalah & Usaha

masalah tidak datang dariNya
ia datang dari manusia itu sendiri
walaupun hidup kita telah ditentukan sejak azali
tapi nasib boleh berubah dengan USAHA, DOA & TAWAKAL padaNya

~Naz

Popiah Basah ala Naz..



Ni nak habaq, list mmg panjang tapi nak buat kacang jer... try na jgn tak try..

Bahan2 :

Kulit popiah (beli yg siap di pasaraya)
Sos Cili lingam
Kacang goreng (dikisar or beli aje)

Bahan A :

1 1/2 biji sengkuang besar (dihiris)
2 biji karot (dihiris @ disagat)
Sepeket isi ketam (celur dgn air panas & dihiris. boleh didapati di pasaraya - crabmeat stick)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih & beberapa biji lada putih (ditumbuk halus bersama)

Cara2 :
1. Panaskan minyak dlm kuali (boleh juga guna minyak bijan)
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan udang kering & goreng
4. Masukkan kicap & sos tiram
5. Masukkan sengkuang & karot. kacau hingga empok & last sekali masukkan isi ketam
6. Kacau sekejap & tutup api. Ketepikan.


Bahan B :

(semua bahan B dicelur dgn air panas & ditos kecuali telur daa..)
Taugeh secukupnya
Daun Salad (alah, yg guna utk burger tu..)
1 biji timun
2 biji telur (direbus & dicincang)

Sambal petis :

5 sudu besar air
3 sudu besar gula merah
1 sudu kecil cili boh ('cap puteri' or ikut sukalah..)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar petis (optional)

Cara2 :
1. Panaskan air dlm fry pan, masukkan gula merah & kacau hingga sebati
2. Masukkan cili boh, cili sos, sos tomato & petis
3. Kacau hingga mendidih & pekat, tutup api. Ketepikan.

Cara Menggulung Popiah :

1. Sapukan kulit popiah dgn sambal petis
2. Taburkan kacang goreng yg dikisar
3. Bubuh bahan A
4. Bubuh pula bahan B
5. Sudukan sedikit sos lingam diatasnya
6. Dah bolehpun menggulung & hidangkan

Menjaga Kesihatan

Tahukah anda bahawa :-

1. Jgn bersenam sebelum kita makan

2. Jgn mandi air panas jika kita terlalu kenyang

3. Memakan buah-buahan selepas kita makan. Makanan yg dimakan akan mengambil masa sehingga 8 jam untuk dihadam...hmmm

4. Jgn tidur selepas kita makan. Ianya akan menyebabkan sembelit

5. Dan petua org tua-tua, utk mengelakkan perut buncit - elakkan minum selepas jam 7 malam.

Jagalah kesihatan anda ok!

Friday, August 31, 2007

Wheat

Wheat: Wheat is the most common grain allergen so you should not give your baby wheat or wheat products until she is six to eight months old and can handle rice and oats.

Peluang

Ramai mengatakan "peluang hanya datang sekali, rebut peluang itu apabila ia datang". Bagi saya "peluang datang berkali-kali. Hanya kita yang mampu menentukan & memilih yg mana baik bagi kita"
~ Naz

Urutan Bayi

Jika bayi anda sihat, adalah selamat untuk mengurutnya pada semua peringkat umur walaupun baru dilahirkan.

Tetapi, jangan mengurut bayi anda jika dia demam, baru menjalani pembedahan atau mengalami luka.

Urutlah bayi anda ketika dia tenang & relax terutama setelah mandi atau sebelum tidur.

Jika bayi anda baru makan atau minum susu, pastikan dia diurut sejam selepas itu.

Biskut Arab (resepi turun temurun)

Friends, ini antara my fav resepi. mmg diajar turun temurun. ini adalah biskut kemestian at my hse every raya... hmmm sedap...

Bahan2 :

1 tin sederhana Ghee (QBB brand)
Sedikit Planta (tujuan supaya bebola tidak terlalu lembut & pecah bila telah dibakar)
Gula Icing
Tepung gandum (digoreng tanpa minyak hingga ringan)

Cara2 :

- Bahan2 diatas (seberapa byk yg mahu) dipukul sehingga sebati (pucat warnanya)
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh digentil menjadi bebola kecil (jgn terlalu keras)
- Letakkan dlm paper cup
- bakar pada suhu 140C selama 20 min atau sehingga masak.

Note : sesetengah biskut arab yg telah dimasak akan digolek dgn gula castor tetapi my resepi tak perlu sebab gula icing dah dimasuk didlmnya, pasti manis.

Kek Coklat (resipi from my late aunty)

Resepi kek coklat nilah yg paling senang.. cubalah

Bahan2 :

1. 3 1/2 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan koko
3. 3 sudu teh soda bikarbonat
4. 3 sudu teh baking powder
5. 4 biji telur
6. 1 tin susu cair (any brand)
7. 2 cawan minyak masak (any brand)
8. 2 1/2 cawan gula pasir
9. Sedikit garam
10. 2 cawan air panas mendidih

Cara2 :

- Campurkan kesemua bahan 1 - 9
- pukul hingga sebati
- masukkan air panas mendidih dan pukul lagi hingga sebati
- bakar pada suhu 170C atau sehingga masak

Butter Cake (My Fav)



Bahan2 :

~ 250gm butter
~ 240gm gula castor
~ 1 1/2 camca teh esen vanilla
~ 4 biji telur
~ 250gm tepung naik sendiri
~ Chocolate rice utk ditabur

Cara2 :

~ Pukul butter & gula hingga kembang
~ Masukkan esen vanilla, telur dua biji demi dua biji
~ Masukkan tepung, kaup balikkan hingga sebati
~ Tuangkan dalam tin pembakar yg telah digris dgn mentega
~ Taburkan chocolate rice diatasnya
~ Bakar pada suhu 160C sehingga masak

Note : jika adunan terlalu pekat (tidak jatuh bila diangkat dgn sudu), anda boleh tambah air suam atau susu cair.

Apple Pie

Ingredients :

Baby rice cereal or oatmeal
1 carton plain yogurt
Fresh or canned applesauce
Cheerios Dash of cinnamon (optional)

Method :

Combine baby cereal, yogurt and applesauce together with a dash of cinnamon.
Crush some Cheerios on top and mix well.
Adjust proportions of each ingredient until desired consistency is achieved.
For pumpkin pie, substitute 1 can pumpkin puree for the applesauce.

Carrot - Apple Blend

Ingredients :

~ 1/2 medium apple, cored and peeled1/2 carrot
~ washed and peeled 2 tbsp. fruit juice (such as apple or orange)
~ 1 tsp. lemon juice

Method :

~ Puree all ingredients in a blender or processor and serve.

Tips dari my mom

Untuk mengoreng dengan minyak

panaskan minyak & masukkan sebatang kayu manis sebelum mengoreng untuk mengelakkan bahan yg digoreng dari melekat. Contoh cempedak, tempe, tauhu etc...

kenapa tak percaya... cubalah sendiri.

Biskut Kacang


Hi, today kita try resepi Biskut Kacang ok! biasalah, tak lama lagi bulan puasa pastu raya so keluaqlah resepi2 biskut la ni...

Bahan2 :

- 8 oz kacang tanah (gorengkan tanpa minyak, buang kulitnya & ditumbuk halus or beli aje yg dah diblend halus kat hypermarket)
- 4 oz gula aising (diayak)
- 8 oz tepung gandum (diayak)
- 1 1/4 cawan minyak jagung
- 1 biji telur (ambil kuningnya sahaja & dipukul - untuk sapuan)
- Kacang Tanah (utk hiasan - optional)

Cara2 :

- Campurkan & gaul kacang tanah yg telah ditumbuk halus dgn gula aising & tepung gandum
- Buat lubang ditengah, tuangkan minyak dan gaul rata hingga menjadi sebuku adunan
(bubuh minyak jagung sedikit demi sedikit supaya adunan tidak lembik)
- Gentil bulat-bulat & leperkan.
- Tekankan sekeping kacang ditengahnya (Optional)
- Sapukan kuning telur diatasnya
- Bakar pada suhu 175C selama 15 minit atau sehingga masak

Friday, August 24, 2007

Love

"There is no friendship, no love, like that of the parent for the child."
- Henry Ward Beecher

Tahukah Anda??

Kacang : Kacang atau mentega kacang boleh menyebabkan reaksi alahan yg teruk dan tidak sepatutnya diberi kepada kanak2 dibawah umur 3 tahun.

(Peanuts: Peanuts or peanut butter can cause violent allergic reactions and shouldn't be given to children younger than 3 years old)

Hearty Banana Oatmeal Cereal

I would like to share the recipes for babies 7 mnths & younger. Got this when I joined Baby Weekly Newsletter. Mothers out there, give it a try...

Ingredients :

1/4 cup rolled oats
1/2 cup breast milk or formula
1/3 cup whole banana

1/4 cup breast milk or formula

Methods:

~ Combine oats and 1/2 cup formula or breast milk.
~ Bring to a boil, and simmer 5 minutes, stirring occasionally.
~ Meanwhile, mash banana and 1/4 cup formula or breast milk.
~ Combine banana and oatmeal mixtures. Serve warmed or cold.

Thursday, August 23, 2007

Health Tips

Elakkan mencampur bahan2 dibawah didlm satu hidangan :-

1. Susu dgn ikan
2. Cuka dgn susu
3. Buah-buahan dgn susu
4. Daun salad dgn ikan
5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dgn daging kering
7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8. Cuka dgn nasi
9. Buah delima dgn serunding
10. Telur dgn ikan.

Mee Hailam Nazmaisinggah


Ini antara my fav.

Bahan2nya
- Mee kuning (rendam dgn air panas & toskan)
- Bawang putih (diketuk bersama lada putih)
- Sedikit cili boh (kalau nak pedas)
- Minyak utk menumis
- Garam, kicap pekat & sos tiram
- Air rebusan udang (kulitnya shj pun boleh)
- Fishball/sotong/ayam/Udang
- Carot, babycorn, bunga kobis, sayur sawi

Cara2nya
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili boh
- Masukkan fishball/sotong/ayam/udang
- Masukkan air rebusan, kicap pekat & sos tiram & garam (air biar byk sikit)
- Masukkan sayur-sayuran & kacau
- Last sekali masukkan mee kuning & kacau hingga masak....

Setelah masak bolehlah dihidangkan untuk mengisi perut yg lapar.. heh heh

Roti Jala


Hah, today kita buat roti jala ok. Actually, roti jala ni tak susah nak buat tapi kena tau caranya.

Bahan2
- tepung gandum secukupnya (diayak)
- susu cair secukupnya (boleh juga guna santan kelapa)
- 2 biji telur kuning
- garam
- minyak untuk menjala
- sedikit pewarna kuning - optional
- 2 helai daun pandan (dikisar & ambil airnya saja) - optional

Cara2nya
- Satukan tepung gandum & susu cair & pukul hingga sebati (pukul lama sikit)
- Tapiskan
- Pukul lagi & masukkan telur kuning & pewarna kuning/air daun pandan
- Panaskan kuali leper & sapukan minyak
- Renjiskan kuali tadi dengan sedikit air & lapkan (ini tips utk mengelakkan dari roti jala melekat
- Sapukan minyak lagi & bila agak panas & boleh pun menjala....

Note : Adunan tepung mestilah jgn terlalu pekat atau terlalu cair... pandai2 lah ya...

Thursday, August 16, 2007

Chocolate Ice-Cream (Resipi dr Noreen UK)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula kastor
100g cooking chocolate - dihiris
3 biji kuning telur - dipukul sedikit
1/2 camt esen vanila
chocolate chip/rice for deco
cara:
- letak whipping cream, gula dan chocolate dlm mangkuk tahan panas
- letak mangkuk atas periuk air mendidih - style double boiler
- kacau hingga chocolate cair dan gula hancur, ketepikan dan biarkan sejuk
- masukkan telur dan esen vanila dlm adunan dan pukul rata
- isikan ke dalam bekas tupperware, simpan dlm freezer hingga bahagian tepinya beku
(jgn sampai betul2 beku, about few hours only)
- keluarkan dan letak di dalam mangkuk dan pukul hingga gebu
- kemudian tuangkan semula ke dlm tupperware dan simpan didlm freezer hingga betul2 beku
- lepas tu dah boleh scoop dan hiaskan dengan chocolate chip/rice

Monday, August 13, 2007

Chicken Pie (Resipi dr Noreen UK)

Bahan-bahan (4-6 org):
400gm tepung gandum
sedikit garam
100gm marjerin
100g butter
60-70ml air ais
kuning telur - utk sapu
Bahan lauk:
3 camca besar minyak
3 biji bawang merah - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
300gm dada ayam - dipotong kiub
200gm ubi kentang (dlm 2 biji size sederhana) - dipotong kiub dan direbus
200gm cendawan dlm tin - dihiris
60gm sayur campur
garam, serbuk lada hitam dan serbuk perisa secukupnya
Sos putih:
30gm butter
30g tepung gandum
100ml susu segar
200ml air
cara:
utk lauk:

panaskan minyak, tumis bawang hingga berbau
masukkan ayam, kacau hingga masak
masukkan bahan2 lain, garam, serbuk lada hitam dan serbuk perisa
masak hingga kering kemudian angkat
utk sos putih:

cairkan butter, masukkan tepung dan kacau 1-2 min
masukkan susu dan air, kacau hingga pekat
angkat dan campurkan dengan cendawan tadi. biar sejuk


utk pastri:
gaul dan ramas tepung, garam, marjerin dan butter.
masukkan sedikit demi sedikit air (jgn terlalu banyak nanti doh jadi lembik).

uli menjadi doh, bungkus dan simpan didlm fridge selama 20min.
canaikan pastri dan terap dengan acuan bulat.
alas tin pie dengan pastri dan isikan dengan lauk ayam.
basahkan kelilingnya dan tutup dengan sekeping pastri lagi.
sapu kuning telur kemudian cucuk atasnya dengan hujung pisau.

bakar pada 180c selama 35 - 40 min atau hingga keperangan

Thursday, August 2, 2007

Nasi Tomato

Bahan-bahan
3 pot beras
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara
. Basuh beras, buang air & letakkan dalam rice cooker
· Tumis minyak sapi dalam kuali & masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis sehingga naik
bau. Kemudian masukkan tomato serta susu cair. Masukkan air (mesti sama dgn sukatan
beras). Tutup api.
· Tuangkan kedalam rice cooker & masak.
. Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis & gajus jika anda suka.

Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan utk blend
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
· Tumis bawang merah, putih dan halia yang diblend hingga wangi

. Masukkan air dan sup bunjut & renihkan selama 5 minit
· Masukkan ayam dan masak hingga empuk, tambah garam dan lada sulah

. Kemudian, tutup api dan biar kuah sejuk sedikit.
· Keluarkan ayam dan ambil kuah sup untuk dimasak bersama beras yang telah dicuci dan ditos (kuah sup mesti cukup utk masak nasi seperti biasa tau!)
· Sementara itu, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu

. Gorengkan ayam tersebut tetapi jangan terlalu lama kerana ia telah dimasak bersama kuah sup

Wednesday, August 1, 2007

Ayam Kurma (My Fav)



Bahan-bahan:-

Ayam
2 biji ubi kentang dipotong empat

2 biji tomato belah empat (jgn putus)
2 biji bawang besar (dihiris halus)

3 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (ditumbuk halus)
1 kotak santan MS (1 pati, 3 air dari kotak yg sama)
garam secukup rasa
sedikit kayu manis dan bunga lawang

1 packet kecil rempah kurma Adabi (nak tambah lebih pun boleh)
1 biji buah keras (optional pada sesapa yg perutnya tahanlah)
minyak untuk masak

Cara-cara:- (my own style)


· Satukan ayam, bawang besar, halia, ubi kentang & buah keras dlm satu bekas, gaulkan bersama rempah kurma - ketepikan.
· Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
· Masukkan bawang putih & kacau
sehingga naik bau.
· Masukkan ayam yg telah digaul bersama bahan2 & rempah tadi & direbus sehingga masak.
· Masukkan santan pekat & kacau sekali sekala. Tunggu sehingga mendidih

· Last sekali masukkan kerisik & garam secukup rasa & kacau,tutup api & dah boleh diserve...


emmm... enaknya...

Kuih Bakar Hijau

Bahan-bahan:-
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk telur (agak2 dpt satu mangkuk okler tu)
1 ½ cawan santan
7 helai daun pandan
sedikit bijan
sedikit minyak sapi

Cara-cara:-
· Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
· Mesin santan bersama daun pandan kemudian tapis.
· Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan santan.
· Masukkan sedikit garam. Kacau hingga rata.
· Panaskan acuan yang disapu minyak dalam ketuhar.
· Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan bijan. Bakar hingga masak.

Puding Roti Jagung

Bahan-Bahan:-
4 keping roti
2 sudu kecil mentega
2 sudu kecil tepung jagung
1 tin jagung berkrim
nanas dalam tin
5 sudu besar gula
2 cawan susu cair
1 biji telur
1 helai daun pandan

Cara Cara :-
1. Campurkan gula dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan susu cair.

Gaul rata.
2. Pecahkan telur dan ratakan lagi. Masukkan daun pandan.
3. Sapukan mentega dengan rata ke atas acuan untuk membakar.
4. Letakkan roti di atas acuan dan siramkan campuran susu cair ke atasnya.
5. Kemudian sapukan jagung berkrim di atasnya. Lapiskan lagi roti.
6. Ulang melapiskan roti dengan campuran susu cair dan jagung berkrim sehingga habis.
7. Aturkan nanas di atasnya.
8. Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 4-6 minit pada suhu sederhana.

(kalau dalam oven pun boleh juga...)

Tako Siam - resepi utk bulan puasa

Bahan-bahanya untuk lapisan bawah:-
1 bungkus tepung hon kwee (tepung yang dalam paket macam sagun, ada berbagai warna, so pilih warna hijau)

4 tin air (gunakan tin jagung)
1 cawan gula
1 tin kecil jagung whole kernel - bukan jagung berkrim

Bahan untuk lapisan atas:-
4 cawan santan (daripada sebiji kelapa) - la ni beli jer santan kota M&S

4 sudu besar tepung jagung1 camt gula

Hiasan:-
½ kg sengkuang cina - dipotong dadu


Cara membuatnya:-
Letakkan sengkuang cina ke dalam acuan yang telah diperbuat dari daun Pandan bentuk empat segi.
Untuk lapisan bawah: campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang dibuat dengan daun pandan.
Kemudian buat lapisan bawah pulak...masukkan santan, tepung jagung dan garam ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Apabila telah siap sejukkan dan simpan dalam peti ais...hmm sungguh sedap...

Tuesday, July 31, 2007

Rendang Tok (Resipi dr Noreen UK)

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang (topside meat) atau daging kari*
2 paket besar santan pekat
2 keping asam gelugur
7/8 lembah daun limau purut, 3 lembah dirampai halus
2 helai daun kunyit, dikerat-kerat
22 senduk minyak untuk menumis (atau agak2lah)
1 cawan kerisik
1 sudu besar gula melaka + gula biasa & garam

*daging kari mengandungi banyak urat & lemak, jika menggunakan, jangan bubuh minyak yang terlalu banyak bila menumis kelak (ingat nih!)

Bahan kisar (blend halus-halus):
20 biji bawang merah
6/7 biji bawang putih
2 batang serai, dimayang dahulu
3 cm halia
3 cm lengkuas (terlalu banyak akan jadi pahit)
7/8 batang lada kering, dibuang biji & direndam dulu (tak pun cuba cili boh cap PUTERI, mmg bezz, agak2ler kalau nak podas bubuh byk sikit)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan halus/putih
sedikit lada hitam tumbuk, jika mahu

cara:
- potong daging ikut rasa & cuci lalu toskan
- panaskan periuk berserta minyak & tumis bahan kisar hingga garing & wangi
- masukkan daging & gaul rata-rata. Masak selama 5 min
- masukkan santan paket & sedikit air lalu kacau hingga semua sebati
- masukkan daun limau purut (bukan yg dirampai halus) & daun kunyit
- renihkan rendang ini hingga pekat & terbit minyak. Kacau sekali2 supaya tidak hangit di bahagian bawahnya
- perasakan dengan gula melaka, gula biasa & garam
- apabila kelihatan kering sedikit, masukkan kerisik & asam keping & gaul lagi hingga sebati
- perhatikan daging tadi supaya benar2 empuk, jika tidak tuang sedikit air & tunggu hingga daging empuk & kuah agak kering sedikit

heh heh Selamat Mencuba...

Moist Chocolate Cake - Sodap nih!

Resipi nih dr member chek, la ni reside kat UK - Noreen
Bahan-bahan:-

220gm tepung
50gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
190gm mentega330gm gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (gred A)250ml air sejuk

cara-caranya :-

1. ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tiga kali. Ketepikan dahulu
2. pukul mentega dan gula sehingga kembang
3. masukkan telur dan kacau sebati
4. masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan air ke dalam adunan, kacau lagi
5. tuangkan adunan ke dalam acuan yg telah disapu dengan mentega dan dibakar dalam ketuhar 180degree selama 30-35 minit (sehingga masak)