INGAT, bukan semua cara adalah yg terbaik untuk membesarkan anak2 kita & tiada istilah ibubapa yg 'perfect' atau anak yg 'perfect'. TETAPI, ada guideline bagi ibubapa untuk membesarkan anak supaya mereka membesar menjadi anak yg sihat & baik.
~ katakan "kami sayangkan kamu" pada mereka setiap hari. Peluk & ciumlah mereka and tunjukkan kasih sayang seorang ibubapa kepada mereka.
~ dengarlah kata2 atau ceritera mereka. biar mereka merasa dihargai setiap saat. jgn biar mereka berhenti bercerita hanya kerana kita penat walaupun mmg kita PeNat..
~ jadikanlah rumah kita persekitaran yg selamat bagi mereka. apabila mereka merasa takut atau tidak selamat (contoh : mendengar guruh @ cerita2 hantu & sbgnya), cepat2lah kita menenagkan mereka.
~ Selalulah memberi pujian pada mereka apabila mereka berkelakuan baik.
~ Beritahu pada mereka bagaimana menjaga keselamatan diri apabila kita tidak berada bersama mereka. ini PENTING.
~ INGAT, kritik perbuatan mereka BUKAN diri mereka. apabila mereka membuat salah @ kesilapan, JANGAN katakan mereka nakal @ jahat sebaliknya, beri penjelasan pada mereka tentang yg baik & yg buruk.
~ Disiplin di rumah tidak seharusnya ditukar kecuali bila perlu. Biar mereka patuh & ikut pada disiplin yg diajar oleh kedua2 ibubapa. Ibubapa juga MESTI menggunakan disiplin yg sama dalam mendidik anak2. Disiplin ini harus diterapkan pada penjaga, keluarga & sanak saudara supaya mereka mengikut disiplin keluarga kita apabila mereka menjaga anak2 kita.
~ Aturkan pertemuan khas anak2 & kita tidak kira dimanapun tempatnya w/pun di bilik rehat rumah kita untuk menyuarakan pendapat masing2 @ perkara2 yg terpendam di hati mereka. anda mungkin terkejut mendengar luahan hati anak anda walaupun mereka baru berumur 3 tahun. CUBALAH, it works!
~ Akhir sekali, curilah masa untuk bersama anak2 kita. buat perkara yg sama seperti membaca, berjogging atau membasuh kereta.
HARGAILAH, SAYANGILAH & AJARLAH ANAK2 KITA.... Masa depan negara kita terletak pada anak2 kita.
Monday, September 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment