Tuesday, October 23, 2007

Tips memasak

Hah, ini ada tips utk memasak beras beriani.

1. Beras beriani belilah jenis apapun, sebelum memasak pastikan anda rendam dengan air sekurang-kurangnya 2 jam awal atau semalaman. (jgn risau, ia takkan hancur)

2. Setelah direndam, toskan/sejatkan ia sebelum memasak.

3. Semasa menumis - tumiskan dengan Ghee & segala rempah2 dlm resepi you all tu. selepas itu masukkan beras dulu sebelum masukkan air atau susu. (air mesti sama byk dengan beras - kalau beras 4 pot air pun 4 pot, jgn risau, takkan jelantah)

4. Kemudian dah boleh tanak (nak guna periuk biasa boleh & rice cooker pun boleh)

5. Kalau guna rice cooker, pastikan tumis dlm kuali & baru transfer pada rice cooker.

6. Kalau ikut tips di atas, InsyaAllah beras anda akan panjang (kalah beras Moghul) & nasi beriani mESti SeDap punyerrr...

No comments: