Friday, July 4, 2008

Ayam Masak Merah




Bahan-bahan (A) :

1 ekor ayam kecil dipotong 8
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tomato puree
5 sudu besar cili boh

Bahan utk dikisar (B) :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji gajus
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus)

- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang serai
- sedikit air asam jawa

Cara-cara :

~ Panaskan minyak & tumiskan bahan2 B hingga naik bau.
~ Masukkan pula ayam & bahan2 A. Kacau & masukkan sedikit air asam jawa.
~ Kemudian masukkan daun limau purut & batang serai.
~ Akhir sekali, bubuh garam & gula secukup rasa, kacau sebelum tutup api.

Dah boleh hidang...

Nasi Goreng Xpress



Bahan-Bahan :

2 mangkuk nasi (gaul rata dgn sedikit garam)
200g udang (dibersihkan)
1 sudu besar serbut perasa ikan bilis
1 sudu besar kicap cair
1 biji telur
2 sudu besar mixed vege
1 sudu kecil serbuk lada sulah
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)

Cara Cara :

~ Panaskan minyak, masukkan udang & goreng. Kemudian pecahkan telur & goreng lagi.
~ Apabila telur agak kering, masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ikan bilis dan lada sulah. Boleh juga gunakan serbuk lada hitam.
~ Last sekali masukkan mix vege dan daun bawang. Goreng-goreng & tutup api sebelum dihidang...
~ Taburkan bawang goreng utk hiasan.

Note : jika nak pedas, tambahkan 1 sudu besar cili boh...

Wednesday, March 12, 2008

Char KT Nazmaisinggah



Harini, murid2 semua kita belajaq buat Char KT Nazmaisinggah.. seperti biasalah resepinya di bawah

Bahan-Bahan:
1 paket kuey teow (salah eja jgn mara aa..)
1 paket fish ball (rendam dgn air panas & toskan)
Kerang (rendam dgn air panas & toskan)
Udang basah
1 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu kecil cili boh (cap Puteri)
Daun kucai }
taugeh }secukupnya

Bahan rebusan:
2 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa

2 sudu besar minyak masak (utk tumis)


Cara Cara:
~ rebuskan udang bersama2 bahan rebusan. Keluarkan udang & ketepikan air rebusan.
~ panaskan minyak & tumiskan bawang putih, cili boh hingga naik bau.
~ masukkan udang, kerang, fish ball & kacau goreng (heh heh)
~ tuangkan air rebusan tadi (api mau panas aaa... baru berdesing & ada kick!) & masukkan kuey teow, daun kucai & taugeh.
~ kacau sekejap tapi pastikan kuey teow sudah masak sebelum tutup api.

Pastu apa aa.. alah lupalah... hah dah boley dihidangkan lah beb! baik punyer santap ok!

Selamat Mencuba

Monday, March 3, 2008

Fahamilah...

Bismillahirrahmanirrahim

~ Jika doamu dimakbulkan, tanda Allah SWT menyayangimu.

~ Jika doamu lambat dimakbulkan, tanda Allah SWT ingin mengujimu.

~ Jika doamu tak dimakbulkan, tanda Allah SWT merancang yang terbaik
untukmu.

Amin.

Monday, February 25, 2008

Karipap Nazmaisinggah


Salam, kalau petang2 weekend mmg tak best kalau tak pekena teh tarik or kopi 'O'. hmm, being typical malaysian ~ mmg camtu kan... mesti ada kuih muih untuk santapan... harini mai kita tengok cara2 buat karipap nazmaisinggah. caranya tak byk beza dari resepi org2 melayu kita tapi ini pasti sodap & menjadi.. InsyaAllah... cubalah

Bahan Kulit Karipap :-
~ 250gm tepung gandum
~ sedikit garam
~ 100gm buttercup (marjerin pun boley)
~ 80ml air sejuk (ambil ais & cairkan)
~ 1 sudu kecil perahan buah lemon juice (kalau sukalah...)

Inti :-
~ ayam yg dipotong kecil2 (atau gunakan daging cincang)
~ 2 biji kentang dipotong dadu (2 biji carot - jika anda menggunakan daging)
~ 2-3 sudu besar minyak
~ 2 biji bawang besar dicincang
~ 1-2 biji bawang putih diketuk jgn hancur
~ 2 sudu besar serbuk kari
~ 1 tangkai daun kari
~ 1 btg kayu manis
~ sedikit garam & gula
~ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
~ 1 camca kecil oyster sauce (kalau nakler...)

cara memasak inti:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kayu manis, daun kari, serbut kari & ubi kentang.
3. Masukkan sedikit air sahaja jika perlu untuk melembutkan ubi kentang. (masak dgn api sederhana sehingga ubi kentang lembut)
4. Setelah itu, masukkan ayam, garam, gula, serbut lada hitam & oyster sauce. Goreng hingga ayam masak & intinya sedikit kering.

Cara2 :-
1. taburkan sedikit garam pada tepung gandum. Kemudian gaulkan tepung gandum & buttercup hingga sebati (ala-ala breadcrumbs gitu)
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh
3. Ketepikan doh didlm mangkuk & tutup dengan kain lembap (kira2 setengah jamlah...)
4. Pastu canaikan doh nipis2 & terapkan dengan acuan yg bulat... ala senang criterlah pakai jer acuan karipap (kan sonang gitu!)
5. masukkan inti tadi kedlm doh & dah siap pun untuk digoreng.

Selamat mencuba!