Monday, September 24, 2007

Anak-anak Kita

INGAT, bukan semua cara adalah yg terbaik untuk membesarkan anak2 kita & tiada istilah ibubapa yg 'perfect' atau anak yg 'perfect'. TETAPI, ada guideline bagi ibubapa untuk membesarkan anak supaya mereka membesar menjadi anak yg sihat & baik.

~ katakan "kami sayangkan kamu" pada mereka setiap hari. Peluk & ciumlah mereka and tunjukkan kasih sayang seorang ibubapa kepada mereka.

~ dengarlah kata2 atau ceritera mereka. biar mereka merasa dihargai setiap saat. jgn biar mereka berhenti bercerita hanya kerana kita penat walaupun mmg kita PeNat..

~ jadikanlah rumah kita persekitaran yg selamat bagi mereka. apabila mereka merasa takut atau tidak selamat (contoh : mendengar guruh @ cerita2 hantu & sbgnya), cepat2lah kita menenagkan mereka.

~ Selalulah memberi pujian pada mereka apabila mereka berkelakuan baik.

~ Beritahu pada mereka bagaimana menjaga keselamatan diri apabila kita tidak berada bersama mereka. ini PENTING.

~ INGAT, kritik perbuatan mereka BUKAN diri mereka. apabila mereka membuat salah @ kesilapan, JANGAN katakan mereka nakal @ jahat sebaliknya, beri penjelasan pada mereka tentang yg baik & yg buruk.

~ Disiplin di rumah tidak seharusnya ditukar kecuali bila perlu. Biar mereka patuh & ikut pada disiplin yg diajar oleh kedua2 ibubapa. Ibubapa juga MESTI menggunakan disiplin yg sama dalam mendidik anak2. Disiplin ini harus diterapkan pada penjaga, keluarga & sanak saudara supaya mereka mengikut disiplin keluarga kita apabila mereka menjaga anak2 kita.

~ Aturkan pertemuan khas anak2 & kita tidak kira dimanapun tempatnya w/pun di bilik rehat rumah kita untuk menyuarakan pendapat masing2 @ perkara2 yg terpendam di hati mereka. anda mungkin terkejut mendengar luahan hati anak anda walaupun mereka baru berumur 3 tahun. CUBALAH, it works!

~ Akhir sekali, curilah masa untuk bersama anak2 kita. buat perkara yg sama seperti membaca, berjogging atau membasuh kereta.

HARGAILAH, SAYANGILAH & AJARLAH ANAK2 KITA.... Masa depan negara kita terletak pada anak2 kita.

Friday, September 7, 2007

Popiah Goreng ala Naz





Bahan2 :

Kulit popiah
Kacang goreng kisar
Minyak utk mengoreng

Bahan A :

1 1/2 biji sengkuang besar }
2 biji karot } dicelur & dihiris panjang
Isi Ketam (crabmeat) }
Taugeh sekucupnya - dicelur

Bahan B :

2 ulas bawang putih
1 mangkuk 'dried' udang kering (mangkuk kecil basuh tangan tu..)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar maggie seasoning
Sedikit minyak utk mengoreng

Cara2

1. Bahan A dicelur dlm air panas & toskan. Hiris panjang kecuali taugeh.
(pastikan karot dicelur lama & lembut)
2. Goreng Bahan B hingga naik bau, ketepikan.
3. Bubuh bahan A & bahan B atas kulit popiah
4. Gulungkan kulit popiah & basahkan hujung bucuny dgn sedikit air supaya melekat
5. Goreng dlm kuali hingga kekuningan
6. Sapukan sambal petis diatas popiah goreng & taburkan dgn kacang goreng kisar.
(cara membuat sambal petis sama seperti popiah basah)

Wednesday, September 5, 2007

Masalah & Usaha

masalah tidak datang dariNya
ia datang dari manusia itu sendiri
walaupun hidup kita telah ditentukan sejak azali
tapi nasib boleh berubah dengan USAHA, DOA & TAWAKAL padaNya

~Naz

Popiah Basah ala Naz..



Ni nak habaq, list mmg panjang tapi nak buat kacang jer... try na jgn tak try..

Bahan2 :

Kulit popiah (beli yg siap di pasaraya)
Sos Cili lingam
Kacang goreng (dikisar or beli aje)

Bahan A :

1 1/2 biji sengkuang besar (dihiris)
2 biji karot (dihiris @ disagat)
Sepeket isi ketam (celur dgn air panas & dihiris. boleh didapati di pasaraya - crabmeat stick)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih & beberapa biji lada putih (ditumbuk halus bersama)

Cara2 :
1. Panaskan minyak dlm kuali (boleh juga guna minyak bijan)
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan udang kering & goreng
4. Masukkan kicap & sos tiram
5. Masukkan sengkuang & karot. kacau hingga empok & last sekali masukkan isi ketam
6. Kacau sekejap & tutup api. Ketepikan.


Bahan B :

(semua bahan B dicelur dgn air panas & ditos kecuali telur daa..)
Taugeh secukupnya
Daun Salad (alah, yg guna utk burger tu..)
1 biji timun
2 biji telur (direbus & dicincang)

Sambal petis :

5 sudu besar air
3 sudu besar gula merah
1 sudu kecil cili boh ('cap puteri' or ikut sukalah..)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar petis (optional)

Cara2 :
1. Panaskan air dlm fry pan, masukkan gula merah & kacau hingga sebati
2. Masukkan cili boh, cili sos, sos tomato & petis
3. Kacau hingga mendidih & pekat, tutup api. Ketepikan.

Cara Menggulung Popiah :

1. Sapukan kulit popiah dgn sambal petis
2. Taburkan kacang goreng yg dikisar
3. Bubuh bahan A
4. Bubuh pula bahan B
5. Sudukan sedikit sos lingam diatasnya
6. Dah bolehpun menggulung & hidangkan

Menjaga Kesihatan

Tahukah anda bahawa :-

1. Jgn bersenam sebelum kita makan

2. Jgn mandi air panas jika kita terlalu kenyang

3. Memakan buah-buahan selepas kita makan. Makanan yg dimakan akan mengambil masa sehingga 8 jam untuk dihadam...hmmm

4. Jgn tidur selepas kita makan. Ianya akan menyebabkan sembelit

5. Dan petua org tua-tua, utk mengelakkan perut buncit - elakkan minum selepas jam 7 malam.

Jagalah kesihatan anda ok!