
bila dah balik lambat dari ofis, sure kelam kabut nak masakkan. so, mari kita try resepi paling senang iaitu sayur campurrr...
Bahan2 :
Seikat sayur sawi (potong ikut sukalah...)
Taugeh secukupnya
2 biji tomato (dipotong berbaji & buang bijinya)
1 biji carot (potong bulat2 & dibelah dua)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (ditumbuk jgn hancur)
1 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa (optional)
Sedikit minyak
Air secukupnya (utk kuah)
Cara2 :
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan air, kiub ikan bilis, kicap manis, sos tiram, carot & kacau.
3. Masukkan sayur sawi & kacau
4. Bila sawi & carot hampir masak, masukkan tomato & taugeh. Kacau jgn lama
5. Rasa garamnya, kalau tak cukup tambahkan garam, kacau & tutupkan api
dah boleh makan. kesemua sayur diatas apabila dimasak jgn terlalu lembik, tak sodap nanti. kalau rasa dah ok bila guna kiub ikan bilis, tak perlu tambah garam. Itu aja... sonang kan...cubalah
No comments:
Post a Comment