Thursday, August 2, 2007

Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan utk blend
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
· Tumis bawang merah, putih dan halia yang diblend hingga wangi

. Masukkan air dan sup bunjut & renihkan selama 5 minit
· Masukkan ayam dan masak hingga empuk, tambah garam dan lada sulah

. Kemudian, tutup api dan biar kuah sejuk sedikit.
· Keluarkan ayam dan ambil kuah sup untuk dimasak bersama beras yang telah dicuci dan ditos (kuah sup mesti cukup utk masak nasi seperti biasa tau!)
· Sementara itu, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu

. Gorengkan ayam tersebut tetapi jangan terlalu lama kerana ia telah dimasak bersama kuah sup

No comments: